Monday, 26 September 2011

Karya Sajak


Ilmu

satu demi satu ku sebut huruf Mu
satu demi satu ku ungkap makna kata Mu
satu demi satu ku amalkan firman Mu

bacalah dengan hati yang tulus
bacalah dengan jiwa yang halus

tulislah dengan pena hati
tulislah dengan pena aqli
tulislah biar beribu kali

ku baca ku tulis 
ku fahami dengan jiwa nan satu
dengan akal anugerah Mu
ku cari dengan fikrah insanku
ku kejar walau berliku
ku simpan walau cuma satu
ku ajar walau malu
moga sama kita berilmu

cinta ku tulis
cinta ku baca
cinta ku sebar
cinta ku amal

cinta ku pada ilmu
kalam dari Mu

nukilan: eppa

Pertandingan Menulis Sajak Bertemakan Kasih Sayang

Syarat penyertaan pertandingan:
1. Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berusia 18-25 tahun.  
2. Hasil karya penulis hendaklah asli.
3. Hasil karya hendaklah bertemakan "Kasih Sayang".
4. Setiap karya hendaklah disertakan dengan gambar yang bersesuaian dengan tajuk yang dihasilkan. 
5. Hasil karya akan dinilai melalui beberapa aspek seperti;
  • Isi sajak (40%)
          Isi sajak hendaklah tidak menyentuh mana-mana sensitiviti kaum dan isi hendaklah bertepatan dengan
 kehendak tema.
  • Bahasa (30%)
          Penggunaan bahasa hendaklah puitis dan bermakna.
  • Ketepatan dengan tema (20%)
          Gambar yang dipilih hendaklah bertepatan dengan tema.  Isi sajak juga hendaklah bertepatan dengan  tema yang telah ditentukan. 
  • Kreativiti (10%)
          Setiap peserta dibenarkan menggunakan kreativiti masing-masing dalam berkarya asalkan tidak melanggar peraturan penyertaan. 

6. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 4 Oktober 2011.
7. Penyertaan boleh dihantar menerusi alamat emel kami di : srikandicomel@yahoo.com.my
8. Sebarang bantahan tidak akan dilayan dan keputusan para juri adalah muktamad. 


"Selamat berkarya"



Sunday, 25 September 2011

Selamat Datang

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Pada hari ini, lahirlah sebuah blog khas untuk subjek kami semsester ini, semester 6, iaitu BMM3103 (Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah).  Blog ini adalah hasil nukilan puteri-puteri dari kumpulan Srikandi SMPPS1109. Semoga segala perkongsian kami di blog ini bermanfaat untuk semua.

Indah mentari di pagi hari,
Unggas di laman bersenandung merdu,
Blog Srikandi empunya diri,
Wadah penyeri penjana ilmu.

Sekian, semoga segalanya berjalan dengan lancar dan hebat sekali.